"Dah lama tak makan" - Turun padang, Nurul Izzah nikmati nasi talam bersama orang kampung

Nampaknya Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sibuk menjalankan tugas sebagai wakil rakyat sejak dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu.

Baru-baru ini, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu meluangkan masa bagi menghadiri beberapa program di sekitar Pulau Pinang serta melawat penduduk kesayangan di negeri tersebut.

Menerusi laman Instagram miliknya, anak kepada Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim itu sering memuat naik gambar aktiviti yang dilakukan bersama penduduk setempat dengan pengikutnya.


“Takde apa yang sama macam nasi talam untuk kenyangkan perut selepas seharian bekerja. Dah lama tak dapat menikmati, akhirnya,” katanya menerusi ruangan kapsyen.


Melihat sikapnya yang berjiwa dan mesra rakyat, netizen memberikan pelbagai reaksi yang rata-rata memuji kecantikan yang dimiliki serta sikap rendah dirinya untuk bersama-sama orang kampung.

Simple pun cantik!

Kenapa manis sangat ni?

Teruskan sikap merendah diri…

Terbaik! Membela nasib rakyat…

Ini baru betul YB…

Teruskan kecomelan YB…

Bukan senang nak tengok seorang pemimpin duduk sama-sama rakyat tanpa sebarang protokol kan? YB ni tegas pun tegas, cantik pulak tu. Mesti ramai yang sayang!

Sumber : Nurul Izzah