Kembali solo, ramai nak ‘try’ Nazim Othman

Pada awal Mei lalu mungkin menjadi sejarah yang tidak akan dilupakan dalam ingatan pelakon, Nazim Othman apabila bahtera rumah tangganya bersama Bella Dally musnah begitu sahaja.

Namun pelakon drama bersiri Monalisa itu kelihatan tenang dalam menghadapi dugaan tersebut serta semakin ‘move on’ untuk menjalani kehidupan seperti biasa.


Terbaru, jejaka kacak berusia 33 tahun itu ada memuat naik luahan kecewa hatinya menerusi Instastory berkongsi terdapat individu yang cuba mengambil kesempatan untuk mengorat apabila mengetahui dirinya kembali solo tanpa pasangan hidup.

Menurut laporan Harian Metro, dia tidak tahu bagaimana ingin memberikan reaksi setiap kali mendapat pesanan daripada ‘peminat fanatik’ apabila gambar yang dihantar amat keterlaluan, keji dan menggelikan.


Namun lebih memalukan, bukan sahaja golongan perempuan, malah kaum sejenis juga turut melakukan perbuatan yang sama.

Apa yang mengejutkan, kebanyakan mereka masih bersekolah namun tidak segan silu mengajak dirinya untuk keluar ‘dating’ dan macam-macam lagi.

Tambah Nazim, dia berasa kecewa dengan sikap remaja pada masa kini apabila menyalahgunakan kecanggihan yang sedia ada dengan melakukan perbuatan tidak berfaedah.


Uishhh budak-budak sekarang ni memang dahsyat kan! Sabo jelah Nazim. Sebaik-baiknya tak payah la melayan mesej pelik daripada diaorang tu. Tambah sakit kepala je.