Penampilan Berani Dyana Sofya, Ahli Politik Muda & Bergaya…!



Siapa Sebenarnya Dyana Sofya Mohd Daud. Nama ini secara tiba-tiba “meletop” dalam agen carian google dan menjadi bualan ramai apabila dia dikatakan bakal mewakili DAP dalam satu PilihanRaya Kecil (PRK) suatu ketika dulu.

Anak muda ini merupakan Setiausaha Politik Pemimpin DAP Lim Kit Siang yang telah diperkenalkan dalam satu sidang media di Perak pada Januari 2012. 

Dyana Sofya pada ketika itu trut diperkenalkan bersama seorang lagi graduan jururusan undang-undang dari UiTM iaitu Fairuz Azhan Amirruddin.
Juga dikenali sebagai Dy (Sebutan: Dee), Dyana Sofya dinamakan selepas mendiang Puteri Diana.

Dyana Sofya dilahirkan pada 29 Disember 1987 di kira-kira jam 2:00pg di Hospital Fatimah Ipoh, Perak. Anak ketiga daripada empat adik beradik ini adalah satu-satunya anak perempuan pasangan Mohd Daud Ismail & Yammy Samat.

Terdahulu, berita pertunangan Zairil dan Dyana tular di laman Facebook apabila seorang individu mengucapkan tahniah kepada pasangan itu yang didakwa akan bertunang. 

Zairil merupakan Ahli Parlimen Bukit Bendera manakala Dyana adalah bekas setiausaha politik kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang, dan juga pernah bertanding untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada 2014.



Sebelum ini, kisah dan spekulasi mengenai hubungan pasangan itu hangat diperkatakan susulan beberapa keping gambar intim yang tular di media sosial, tetapi ia tegas dinafikan oleh kedua-dua pihak.

 Ketika itu, Zairil masih berkahwin dengan Noor Dahlia Hamzah tetapi mereka sudah bercerai Oktober lalu.



Bagaimanapun, semua tanda tanya terjawab apabila Zairil menyampaikan berita pertunangan mereka di Facebook semalam, lantas mendapat reaksi positif netizen yang menyampaikan ucapan selamat.



Baru-baru ini kami di Hangat.com telah dijemput menghadiri sebuah pertunjukkan fesyen di The Oak Hall, Menara OBYU, Damansara Perdana bagi meraikan koleksi ikonik Summeraya 2018 oleh pereka fesyen berbakat Rico Rinaldi.

Pertunjukkan fesyen koleksi khas busana Aidilfitri itu telah dihadiri oleh ramai selebriti termasuk Rozita Che Wan, Ziana Zain, Umie Aida, Hanis Zalikha, dan ramai lagi. Namun kehadiran wanita jelita ini telah menarik perhatian kami.



Walaupun beliau bukanlah seorang selebriti yang popular, namun kehadirannya cukup memberi aura yang kuat sebagai seorang ahli politik di negara ini. Ada ura-ura mengatakan Dyana akan bertanding di Pulau Pinang pada PRU-14 akan datang.

Di mata kami, Dyana layak digelar ahli politik yang paling seksi di Malaysia. Seksi itu bukan kerana soal baju yang dipakai atau solekan tebal tetapi mempunyai maksud yang lebih besar daripada kecantikan fizikal semata-mata. 

Dyana berasal dari Ipoh, emaknya pernah menjawat Setiausaha Bahagian Wanita UMNO yang pertama di Malaysia. Bapa saudara yang terlibat aktif didalam UMNO serta seluruh keluarganya.

Wanita cantik ini merupakan seorang peguam Malaysia dan setiausaha politik kepada Ahli Parlimen dan bekas pemimpin. Dyana memperoleh ijazah sarjana muda dalam undang undang dari UiTM.



Ramai yang tak tahu, selain bergelar ahli politik, Dyana juga merupakan kolumnis untuk The Malay Mail Online. Ia juga menulis sebuah buku yang berjudul ‘Di Sini Bermula’ yang berisi kompilasi artikel-artikelnya yang ditulis di The Malay Mail Online.

Dyana baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila disahkan bertunang dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.

Dyana telah dicalonkan sebagai calon DAP untuk Pilihan raya kecil Teluk Intan 2014 dimana kemenangan akan menjadikannya Ahli Parlimen wanita Melayu DAP pertama.Walau bagaimanapun, dia kalah dengan tipis kepada ahli politik veteran, Mah Siew Keong.

Pada tahun 2015, Dyana telah dipaparkan oleh majalah Marie Claire sebagai personaliti wanita Malaysia yang terkemuka bagi menyokong kempen Marie Claire Wake Up to a Good Cause. Kempen ini bertujuan untuk menyokong Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dalam penderaan terhadap wanita.

Dyana Sofya Mohd Daud pernah terpalit dengan kontroversi sebuah video berpeluk dengan seorang lelaki dikatakan mirip Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang dikaitkan dengan dirinya sebelum ini. Wanita itu dikatakan menyerupai Dyana namun sehingga kini tiada bukti yang sahih mengatakan wanita itu adalah Dyana.