Viral Pelajar Berbadan Sado




Pernahkah anda lihat di kalangan pelajar di sekolah, ada pelajar yang berbadan sado? Viral dah video ni guru pun tak boleh fokus lagi gara gara ada pelajar yang berbadan sado di dalam kelasnya.


Bersenam merupakan sesuatu yang baik untuk menjaga kesihatan badan. Selain kesihatan, ada orang juga suka pergi gym sana untuk melatih badan supaya badan boleh jadi lebih besar, kuat dan sado. Proses melatih badan supaya jadi sado bukan sesuatu yang senang. 


Bayangkan berapa ramai orang telah berputus asa sebelum badan mereka jadi sado. Hanya mereka yang ada semangat yang kuat baru dapat teruskan latihan mereka supaya suatu hari nanti boleh dapat saiz badan yang diingini.


Ada orang pergi gym ada diajar oleh seorang pelatih kat dalam gym sana. Kalau ada pelatih yang ajar memang lebih cepat untuk dapatkan hasil yang kita nak.



Sebab pelatih akan membetulkan cara dan posisi yang tidak betul ketika kita menjalankan workout. Kalau cara dah salah, memang buat banyak kali pun badan tidak akan jadi sado. Oleh itu, ada satu pelatih yang ajar di sisi adalah sangat penting jugak.


Jangan cakap orang dewasa, pelajar yang hanya berumur 14 tahun pun sudah ada badan yang sado!! Mengejutkan orang!! Jom saksikan video di bawah pelajar yang hanya 14 tahun ini sudah ada badan yang cukup kuat.



BEBERAPA bulan lalu, bekas calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Kelantan, Muhammad Fauzan Abd Rashid, 18, yang berbadan sasa menjadi buah mulut ramai dan mula menjadi viral di media sosial.



Mungkin kerana usianya yang muda dan masih belajar, kebanyakan netizen memuji pengorbanan dan kecintaan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Paduka Raja 1, Tanah Merah, Kelantan dalam sukan bina badan.

Fauzan atau lebih dikenali sebagai Fauzan Muscles ketika dihubungi memberitahu, pendedahan sejak kecil menarik minatnya terhadap bina badan.

“Bapa dan abang saya juga aktif ke gim untuk mendapatkan tubuh sasa. Jadi mungkin dari situlah, saya  terikut-ikut dengan hobi mereka seterusnya menjadikannya sebagai satu rutin wajib sehingga kini. Pada peringkat awal, saya tidaklah terlalu fokus.

“Namun pada usia saya 14 tahun, minat untuk memiliki tubuh badan sasa kian bercambah. Yang pastinya, saya berazam memberi inspirasi kepada anak muda menjaga penampilan dan kesihatan,” katanya yang turut menyertai beberapa pertandingan Badan Cantik sebelum ini.

Berkongsi regimnya bagi memantapkan kecergasan, pemuda setinggi 173 sentimeter ini menambah, setiap hari, dia memperuntukkan selama tiga jam untuk workout di gim demi memastikan kondisi badannya kekal sasa.

“Dalam seminggu, lima atau enam kali saya berada di gim dan menghabiskan masa lebih tiga jam sehari. Saya mahu beri motivasi kepada anak muda di luar sana. Tiada yang mustahil untuk kita capai sekiranya ada kesungguhan dan azam yang berterusan,” kata anak ketiga dari empat beradik ini lagi.

Terkejut kisah jadi viral

Pelajar ini juga mengakui terkejut kerana dalam sekelip mata, kisahnya menjadi viral hingga memberi impak tersendiri.

Pengikutnya di Instagram, @fauzanmuscles turut meningkat lebih 40 ribu dalam tempoh tidak sampai sebulan.

“Rasanya tiada apa yang istimewa. Saya hanya ‘buat badan’ sekadar minat, penuhi azam dan mahu memberi motivasi. Jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk. Apa pun, terima kasih kepada yang menyokong.

“Sokongan ini sebagai suntikan semangat untuk mengikut jejak langkah atlit bina badan terkenal negara, Sazali Samad yang berjaya mengharumkan nama negara di peringkat dunia, Insya-ALLAH,” akhiri Fauzan optimis.

Setakat ini, laman Instagram Fauzan sudah pun mencecah 59,400 pengikut.