Terdapat banyak pendapat yang mengatakan bahawa firaun yang mengejar Nabi Musa A.S. dan bani Israel merentasi Laut Merah adalah Ramses II. Siapakah sebenarnya Ramses II ini? Ramses II adalah firaun Mesir Purba yang ke-3 dalam Dinasti ke-19 Mesir. Beliau sering dianggap sebagai firaun terhebat, paling disanjungi dan paling berkuasa antara kesemua firaun dalam Empayar Mesir Purba. Dilahirkan sekitar tahun 1303 BC, beliau meninggal dunia pada 1213 BC ketika berusia 90 tahun. Namun, apakah sebab kematiannya? Adakah disebabkan mati lemas seperti yang diperkatakan selama ini?
Autopsi Mumia Ramses II oleh Pakar Bedah Bernama Maurice Bucaille
Mumia Ramses II telah ditemui pada tahun 1881. Ketika François Mitterrand dilantik menjadi Presiden Perancis pada 1981, beliau memohon keizinan daripada kerajaan Mesir untuk membawa mumia Ramses II ke Perancis untuk dilakukan autopsi dan kajian. Seorang pakar bedah berpengalaman, merangkap pakar arkaeologi dan anatomi, iaitu Dr. Maurice Bucaille telah diberi tanggungjawab untuk menjalankan kajian ke atas mumia tersebut bagi menyelesaikan misteri tentang firaun tersebut.
Ketika melakukan autopsi, Dr. Maurice telah menemui kesan garam pada badan mumia Ramses II. Beliau berpendapat bahawa Ramses II telah meninggal dunia disebabkan mati lemas, dan mayatnya telah dibawa keluar daripada laut sejurus kematiannya. Penguasa Mesir bergegas untuk memumiakan firaun itu agar mayatnya itu kekal utuh bagi menghadapi kehidupan selepas mati.
Setelah dimaklumkan bahawa umat Islam sejak ribuan tahun lagi percaya bahawa ada antara firaun yang mati akibat lemas di laut, Dr. Maurice berasa amat terkejut kerana penemuan tersebut baru sahaja dibuat beliau, dan adalah mustahil untuk membuat kesimpulan sedemikian tanpa kajian yang mendalam yang melibatkan penggunaan teknologi moden yang canggih.
Dr. Maurice turut dimaklumkan bahawa Al-Quran yang menjadi pegangan umat Islam ada menceritakan kisah firaun yang mati kelemasan di laut ketika sedang mengejar Nabi Musa dan bani Israel. Berasa hairan, beliau tertanya-tanya daripada manakah Al-Quran mendapat segala maklumat itu sedangkan mumia Ramses II hanya ditemui pada 1881, sedangkan Al-Quran telah diturunkan lebih daripada 1400 tahun lalu.
Dr. Maurice berasa hairan bagaimana sebuah kitab yang diturunkan ribuan tahun lalu mempunyai maklumat terperinci tentang kematian seorang firaun, yang mati lemas di mana mayatnya terpelihara sehingga kini. Kitab Gospel (Matthew and Luca) ada menyebut tentang kisah firaun ini, namun tidak menyebut tentang nasib mayat firaun yang mati lemas itu.
Beliau turut mengkaji kisah firaun ketika peristiwa Exodus (peristiwa Nabi Musa merentasi Laut Merah) ini di dalam kitab Taurat, namun kitab tersebut langsung tidak menyebut perincian tentang pemeliharaan mayat firaun. Yakin dengan kitab suci Al-Quran, beliau akhirnya memeluk Islam dan meneruskan banyak kajian saintifik berkaitan kitab ini.
Adakah Penemuan Dr. Maurice Tentang Ramses II Menutup Kebarangkalian Bahawa Mungkin Firaun Lain Adalah Firaun Ketika Peristiwa Exodus?
Tidak. Penemuan Dr. Maurice adalah suatu pencapaian yang menakjubkan, dan beliau diberi hidayah untuk memeluk Islam dengan cara ini. Namun, hal ini sama sekali tidak menutup serapat-rapatnya ruang perbincangan tentang siapakah firaun ketika peristiwa Exodus.
Ruang perbicangan sentiasa terbuka, namun harus diingatkan bahawa ada sebab mengapa Al-Quran tidak menyebut secara terperinci siapakah firaun yang mengejar Nabi Musa A.S.. Mungkin kitab suci ini mahu umat Islam mengambil iktibar daripada kisah tersebut, berbanding berdebat tentang individu yang mengejar Rasul Allah itu. Atau mungkin juga Al-Quran mahu kita sebagai umat manusia melakukan kajian tersendiri bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan ini.
Antara Firaun-Firaun Lain Yang Dikatakan Mengejar Nabi Musa A.S. dan Bani Israel
Ramses II adalah salah seorang firaun yang dikatakan bertanggungjawab mengejar Nabi Musa A.S. dan bani Israel di Laut Merah. Dan penemuan garam pada mumia Ramses II menyokong kuat pendapat bahawa beliau telah mati lemas. Namun, terdapat pendapat lain yang mengatakan bahawa garam sebenarnya adalah antara bahan yang digunakan untuk proses mumifikasi. Sekiranya hal ini adalah benar, kesimpulan yang dibuat tentang Ramses II sebelum ini kini tidak sah lagi, dan kebarangkalian berubah menjadi 50-50.
Jadi, hal ini membuka ruang bahawa mungkin firaun lain yang sebenarnya mengejar Nabi Musa A.S. di Laut Merah. Antara firaun yang dikaitkan dengan peristiwa Exodus ini termasuklah:
Kesimpulan
Seperti yang disebut sebelum ini, Al-Quran tidak menyebut tentang siapa firaun sebenar ketika peristiwa Exodus. Yang penting, kita harus mengambil iktibar daripada kisah yang disebutkan itu, agar kita tidak sombong dengan kekayaan dunia, merendah diri kepada Tuhan Yang Maha Esa.

Dan (ingatlah) ketika Kami membelah laut untukmu, lalu Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan (Firaun) dan pengikut-pengikutnya, sedang kamu sendiri menyaksikannya. (Surah Al-Baqarah, ayat 50) Maka pada hari ini, Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pengajaran bagi orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan daripada manusia lalai akan tanda-tanda kekuasaan kami. (Surah Yunus, ayat 92)
Dr. Maurice berasa hairan bagaimana sebuah kitab yang diturunkan ribuan tahun lalu mempunyai maklumat terperinci tentang kematian seorang firaun, yang mati lemas di mana mayatnya terpelihara sehingga kini. Kitab Gospel (Matthew and Luca) ada menyebut tentang kisah firaun ini, namun tidak menyebut tentang nasib mayat firaun yang mati lemas itu.
Beliau turut mengkaji kisah firaun ketika peristiwa Exodus (peristiwa Nabi Musa merentasi Laut Merah) ini di dalam kitab Taurat, namun kitab tersebut langsung tidak menyebut perincian tentang pemeliharaan mayat firaun. Yakin dengan kitab suci Al-Quran, beliau akhirnya memeluk Islam dan meneruskan banyak kajian saintifik berkaitan kitab ini.
Adakah Penemuan Dr. Maurice Tentang Ramses II Menutup Kebarangkalian Bahawa Mungkin Firaun Lain Adalah Firaun Ketika Peristiwa Exodus?
Tidak. Penemuan Dr. Maurice adalah suatu pencapaian yang menakjubkan, dan beliau diberi hidayah untuk memeluk Islam dengan cara ini. Namun, hal ini sama sekali tidak menutup serapat-rapatnya ruang perbincangan tentang siapakah firaun ketika peristiwa Exodus.
Ruang perbicangan sentiasa terbuka, namun harus diingatkan bahawa ada sebab mengapa Al-Quran tidak menyebut secara terperinci siapakah firaun yang mengejar Nabi Musa A.S.. Mungkin kitab suci ini mahu umat Islam mengambil iktibar daripada kisah tersebut, berbanding berdebat tentang individu yang mengejar Rasul Allah itu. Atau mungkin juga Al-Quran mahu kita sebagai umat manusia melakukan kajian tersendiri bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan ini.
Antara Firaun-Firaun Lain Yang Dikatakan Mengejar Nabi Musa A.S. dan Bani Israel
Ramses II adalah salah seorang firaun yang dikatakan bertanggungjawab mengejar Nabi Musa A.S. dan bani Israel di Laut Merah. Dan penemuan garam pada mumia Ramses II menyokong kuat pendapat bahawa beliau telah mati lemas. Namun, terdapat pendapat lain yang mengatakan bahawa garam sebenarnya adalah antara bahan yang digunakan untuk proses mumifikasi. Sekiranya hal ini adalah benar, kesimpulan yang dibuat tentang Ramses II sebelum ini kini tidak sah lagi, dan kebarangkalian berubah menjadi 50-50.
Jadi, hal ini membuka ruang bahawa mungkin firaun lain yang sebenarnya mengejar Nabi Musa A.S. di Laut Merah. Antara firaun yang dikaitkan dengan peristiwa Exodus ini termasuklah:
- Thutmose II (1510 BC - 1479 BC)
- Thutmose III (1481 BC - 1425 BC)
- Amenhotep II (mati antara 1401 BC dan 1397 BC)
- Merneptah (1273 BC - 1203 BC).